15 Kesilapan saya buat masa awal-awal trade (Part 1)

DALAM POST INI:

Pengenalan

HOW i wish yang ada orang bagi guideline tentang WHAT TO DO dan yang lagi penting WHAT NOT TO DO masa awal-awal trade dulu.

 

Bila saya ingat-ingat balik masa mula trade dulu, banyak sangat kesilapan-kesilapan yang saya buat. Ada antaranya yang memang costly, yang menyusutkan modal saham. Costly mistake (pun intended).

 

Dalam post ni saya akan berkongsi tentang:

  1. 15 kesilapan yang saya buat masa awal-awal trade dulu,
  2. Apa yang patut korang buat untuk elak kesilapan-kesilapan ni.

 

Kesilapan-kesilapan common

 

1. Guna banyak sangat Indicator

Memang awal-awal trade seronok betul tengok ada macam-macam indicator saham dalam tradingview.

Masa tu macam pikir, la simple je trade ni ikut je la indicator dah ada. Bila ada signal suruh beli kita beli la, bila ada signal jual kita take profit.

Wah senang je buat duit. Hahaha kalau lah semudah tu kan? Dah ramai la jutawan saham Malaysia ni.

 

Sempat la saya pakai RSI, Stochastic, MACD, bollinger bands, moving average dan banyak lagi lah. Bukan tengok satu-satu tau, memang gabung semua dalam satu chart. Pening tengok masa tu, nak tengok price action lagi, nak tengok volume lagi, nak tengok behaviour indicator lagi.

Last2 rasa semak nya tengok chart. Tak cantik dan tak enjoy.

 

 

Lepas tu signal each indicator pulak lain-lain, satu cakap dah elok nak entry tiba-tiba indicator satu lagi cakap dah risky kalau nak buat entry sekarang.

Alamak! Dah contradict pulak indicators ni.

 

Saya tak cakap salah pakai indicator ye, ada je yang bagus.

 

Untuk elak kesilapan pening dengan banyak indicator ni, saya suggest to keep it simple. Ambik je satu ataupun maksimum dua indicator yang korang rasa kena dengan cara korang trade.

Lepas tu backtest kaw kaw pakai indicator ni. Jadi expert in single indicator.

Kita tak nak jadi Jack of all trades, master of none.

 

2. Overtrading

Masalah overtrading ni sampai harini saya masih struggle nak get over with.

Rasa macam kalau boleh bila ada available duit dalam CDS account hari-hari nak hentam.

 

Macam orang gian hisap rokok, macam tu la jugak rasa gian nak hentam saham ni. Lagi-lagi bila dok baca telegram orang kompang itu orang kompang ini. Alamak nak kena hentam ke ni?

 

Untuk elak overtrading ni, korang kena muhasabah diri. Yang dok banyak2 hentam tu, banyak lagi untung ke banyak lagi rugi ke macamana? Biasanya overtrading kalau tak kena cara, memang banyak sedekah modal dekat broker house je la.

 

Tapi kalau dengan overtrading korang ni, akaun korang semakin berganda-ganda profit. Sila teruskan!

 

Qullamaggie professional trader tu pun mengaku dia ada masalah overtrading. Macamana dia atasi masalah ni? Dia cakap as a human being, emotion tu memang susah nak control especially the urge to always be in the market.

So bila dia gian sangat nak trade walaupun takde perfect setup dia, dia hentam je TAPI dengan modal yang sikit dari kebiasaan. Sebab dia tahu, setup yang dia nak entry ni tak perfect pun. Tapi dia just nak kenyangkan keinginan berada dalam market tu. Tu cara dia. Position sizing control!

 

3. Suka Average Down

Average down ni bermaksud tambah pegangan saham bila harga lagi murah dari harga yang korang beli. Maksudnya bila korang average down je, average price korang akan jadi lagi murah.

Mesti rasa seronok kan bila tengok harga beli dengan current price dah tak jauh beza sebab dah average down.

 

Ramai yang suka average down pegangan sebab dengan teknik mengharap yang nanti harga akan naik balik. Saya dulu pun macam tu jugak. Lepas dah baca a few trading books baru la tahu dan faham kenapa average down ni tak bagus dan patut di elak dari buat.

 

Kita kena ubah persepsi sudut pandang kepada tabiat average down ni, lepas tu nanti kita reflect balik bagus ke tak kita dok selalu average down ni.

 

Imagine macam ni, saya buat entry satu-satu saham tu sebab saya dah buat study (ikut trading edge saya) yang harga akan makin menaik kan? Tapi end up sebaliknya berlaku, harga turun.

So sebenarnya senang cerita, saya punya study tadi tu tu salah lah. Tak betul. Kalau lah turun within my pre set cutloss point, ok takda masalah untuk hold.

Cumanya bila dah hari ke hari harga makin jatuh, saya STILL decide nak average down. Maksudnya saya lebih kepada melayan perasaan EGO dan taknak mengaku yang earlier study saya tu salah lah.

 

Yang mana duit yang saya tambah dalam study yang dah salah dan harga jatuh tu better lah saya pergi hentam stock yang tengah menaik yang boleh mendapatkan profit.

 

So korang rasa sekarang macamana? Persepsi average down ni bagus ke tak bagus?

 

Once korang dah dapat idea of how bad average down is, mesti korang dah tak nak buat dah lepas ni! Saya jamin 100%. Saya sekarang pun dah tak buat dah. Kalau kaunter yang saya hold dah sampai preset cutloss point, saya cut je tanpa banyak bincang.

 

4. Fear of Missing Out (FOMO)

FOMO ni memang common mistakes dalam saham. Keinginan untuk hentam sebab takut terlepas kenaikan.

Bahaya! Sebab kadang-kadang available setup tak kena pun dengan winning setup kita, tapi sebab kita tengok kenaikan dia yang mendadak (either by news or speculation), kita kalut nk tekan order in.

 

FOMO

 

Common result yg biasa terjadi bila FOMO ni adalah kita dah terlambat pun sebenarnya, sedar-sedar harga kita beli tu dah kat pucuk sebelum harga pullback. Mula lah berharap harga naik balik or terus jadi investor yang terpaksa.

 

Untuk elak FOMO ni sebenarnya simple je, ikut trading setup korang tanpa pedulikan noise kat luar sana. Kalau lah sesuatu kaunter melakukan kenaikan yang tiba-tiba dan korang check chart ade available setup, haa ni peluang untuk hentam. Sebab korang dah tahu, kalau lah tak jadi according to plan. mane nk cut semua tu. Tapi kalau sebaliknya, takde setup korang. abaikan lah. Stick to your trading plan and edge ye.

 

5. Takde Trading Plan

Trading plan ni maksudnya ape plan korang lepas buat entry sesuatu position.

Yang biasa saya buat awal-awal dulu akan preset “mane nak TP?”. haha. Soalan 1st mesti tanya mana nak take profit.

 

trading plan

 

Bila dah lame sikit baru lah sedar, yang paling penting tu kena preset cutloss point. Sebab ni lah risiko yang korang letak kalau-kalau trade korang tadi tak menjadi. “The best offensive is a good defend”.

 

Selain dari CL point korang jugak boleh preset bila nak TP. Biasanya macam saya, takde specific price pun yang saya set, instead saya set kan rule bila price action jadi sekian sekian, saya akan take profit.

Contoh biasa yang saya buat, saya akan ride je the trend dan TP once closing price break below EMA20. Ha masa tu baru saya TP. Takde specific price, cuma ada rule. Let the price action decide.

 

In a Nutshell

Harap sampai sini korang dapat la belajar sedikit dari perkongsian common mistakes yang pernah saya buat. Untuk Part 1 ni to summarize:

  • Jadi lah master dekat satu-satu indicator kalau korang suka pakai, backtest sampai betul2 master.
  • Overtrading tu biasa, kita kan manusia banyak emosi. Cuma kena disiplin, kena belajar position sizing.
  • Never average down, unless you are an investor. Untuk trader, memang saya sarankan tinggalkan lah tabiat average down ni.
  • Nak elak FOMO, elak noise. Be discipline and stick to your trading edge.
  • Build your own trading set of rules. Trading plan ni yang membezakan profitable traders dengan average traders.

 

Nanti saya sambung lagi post ni dalam Part 2. Banyak sangat buat mistake, panjang post. Hahaha

 

Kalau ada salah dan silap fakta boleh komen dan betulkan. Kalau korang rasa post ni bermanfaat, boleh share untuk kawan-kawan.

 

Thanks!

Kongsi jika bermanfaat!

Artikel berkaitan

SahamRoket.com adalah portal personal trading journal dan juga sharing on technical analysis; on what i know so far & what I will learn throughout the process.