Pengenalan
Pernah tak korang rasa lemas masa baca chart saham?
Tak tahu direction market? Asal ada volume masuk je terus menggelabah nak tekan BUY? Mesti pernah kan? Jangan risau, saya dulu pun pernah macam tu.
Sehingga la satu hari cikgu saya suruh baca buku “Secrets for Profiting in Bull and Bear Markets by Stan Weinstein’s”. Dia ni father of stage analysis, yang di guna pakai oleh ramai great2 trader kat luar sana!
Dalam post ni saya akan berkongsi tentang:
- Apa itu stage analysis,
- Stage-stage dalam Stage Analysis,
- Contoh di chart untuk setiap stage
Apa itu stage analysis?
Gambar di atas menunjukkan definisi secara kasar. Komponen penting yang harus di beri perhatian adalah:
- Ada 4 stages semuanya; Stage 1 hingga Stage 4
- Chart adalah pada weekly timeframe
- Moving average (MA) line yang di refer adalah MA30 iaitu 30-week MA
Menurut Stan Weinstein, “If ever the cliche that a picture is worth a thousand word was true, this is a perfect example of it – in living color!”
Hahaha. cliche sangat tapi once korang dah faham, memang betul chart ni sangat magis dan akan banyak membantu korang. Tapi kena ingat, chart ni primarily untuk mengenal market direction, bukan untuk entry dan exit trade.
Note Penting:
Untuk example charts yang saya akan tunjukkan nanti, saya refer to daily timeframe dengan Moving Average line 200 (MA200). Saya lebih selesa pakai daily chart dan backtest yang saya buat sebelum ni, MA200 tak jauh sangat beza dengan MA150 (weekly MA30 sama dengan daily MA150).
Stage-Stage dalam Stage Analysis
Ada 4 stage:
- Stage 1 – Accummulation / Basing
- Stage 2 – Mark-up / Uptrend
- Stage 3 – Consolidation / Topping
- Stage 4 – Distribution / Downtrend
Stage 1 – Accumulation / Basing
Stage 1 ni adalah accumulation ataupun fasa pengumpulan. Stage 1 ni kita dapat lihat carta bergerak secara sideway dan harga bergerak secara ranging dari support ke resistance line.
MA line biasanya berada di antara support line dan resistance line.
Contoh di atas ni adalah stage 1 untuk kaunter TG (once a Bursa darling!) dari tahun 2019 ke tahun 2020. Hampir setahun harga dari stage 4 decline ke ranging sideway (stage 1). Setahun wey! Mati kejung sangkut modal.
Sebab tu kalau boleh kita nak elakkan entry masa ni, biasanya ni fasa pengumpulan jerung institutional. Diorang dah start beli pegangan sedikit demi sedikit pada fasa ni. Tapi kita as a retail investor (bilis), tak tahu berapa lama masa yang akan diambil untuk fasa pengumpulan ni.
Line MA200 dalam stage 1 biasanya akan mendatar. Kalau tengok dari sudut volume, dari bulan July ke hujung tahun 2020 hampir mati. Takde significant sangat kecuali a few spikes, which normally caused by institutional buying! Hingga lah ke waktu paling kanan tu, baru la volume pick up mencanak2 dan harga pun pecah line MA200.
And here it comes, STAGE 2!
Stage 2 – Mark-up / Uptrend
Stage yang paling di tunggu-tunggu. Masa ni lah kita nak fokus effort dan modal kita untuk buat profit. Masa ni la banyak action-action best; akan ada banyak continuation pattern, breakouts, healthy pullback and etc.
Stage 2 adalah fasa di mana harga dah pecah MA200 dan bergerak secara uptrend, kadang-kadang boleh jadi secara parabolic dalam masa yang sangat singkat.
Contoh di atas ni adalah stage 2 kaunter TG dari awal ke pertengahan tahun 2020. Hanya mengambil masa 6 bulan untuk kenaikan parabolic! Tapi tak boleh elak jugak masa ni ada catalyst permulaan wabak Covid-19 yang push almost all gloves companies price in Malaysia.
Biasanya kalau dalam stage 2 ni, berita-berita positif dah start keluar tapi masih tak banyak. Ada tapi tak banyak. Yang banyak news best masa stage 3, sebelum institution nak dump pegangan dia untuk trap retailer-retailer bilis macam kita ni.
Sebab tu kita memang nak fokus dan tak nak terlepas buat profit masa stage 2 ni.
Kalau tengok dari sudut volume, dah start masuk mencanak2. Line MA200 jugak kalau tengok dah start mendongak ke langit, ni la tanda-tandanya uptrend stage. Hingga lah at one point, news are too good to be true, harga dah terlalu jauh dari MA200 line
And here it comes, STAGE 3!
Stage 3 – Consolidation / Topping
Stage 3 adalah stage yang paling susah untuk dikenal pasti, sebab kita tak boleh predict bila harga sesuatu saham tu akan topping atau berada di puncak. Biasanya stage ni akan jelas kelihatan bila dah start masuk Stage 4 downtrend.
Namun ada beberapa hint berlakunya stage 3 yang kita boleh perhati.
- News too good to be true start keluar; dapat contract etc. (Institution taking profits)
- Earnings growth dah start menguncup jika dibanding dengan sebelumnya
- Line MA200 dah start mendatar balik, sama macam stage 1
- Pergerakan harga dah start volatile; harga top ke pullback dah makin besar percentage wise
- Harga bergerak dalam sideway ranging, sama macam stage 1
Contoh di atas ni adalah stage 3 untuk kaunter TG dari bulan Ogos ke akhir November 2020. Harga dah start bergerak secara volatile dalam satu range harga yang quite besar. Cara paling selamat untuk trade di stage ini adalah beli di support dan jual di resistance line, sebab harga volatile jadi masih boleh trade untuk buat profit.
Kalau tengok dari sudut volume pula, dah start tak relax, volume merah besar ada volume hijau besar ada. Ni semua modus operandi jerung untuk mengelirukan retailer bilis macam kita. Kalau tengok awal tahun 2021, harga dah start menyentuh MA200 line and the rest is history.
Here come STAGE 4!
Stage 4 – Distribution / Downtrend
Stage 4 adalah stage yang paling kita nak elak untuk masuk, dalam stage ni cukup payah untuk buat profit. Asal masuk je loss, asal masuk je loss.
Sebab tu dalam personal entry setup saya, saya memang elak untuk masuk masa stage 4. Ini masanya untuk anda duduk tepi dan cari kaunter-kaunter lain yang berpotensi. Ingat “Never fall in love with a stock”.
Contoh di atas ni adalah stage 4 untuk kaunter TG dari bulan November hingga ke hari ini. Setahun harga dah downtrend. Once pecah je MA200 line, the rest is history. Masa ni semua cerita-cerita buruk start keluar, dari harga glove menjunam, permintaan mengurang, hinggalah ke allegation on foreign labor treatment. Semua yang buruk-buruk saja keluar masa ni.
Jadi apa yang kita patut buat masa Stage 4 ni? Elakkan trade at all cost kaunter2 di stage 4. Cari banyak lagi kaunter-kaunter lain yang bagus technically. Ingat sekali lagi, “Never fall in love with a stock”.
In a Nutshell
Harap sampai sini korang dah dapat idea serba sedikit lah pasal stage analysis ni, to recap briefly:
- Stage analysis ade 4; Stage 1 to Stage 4
- Stage 1 dan Stage 3 ciri-ciri hampir sama, fasa ranging
- Stage 2 uptrend tempat kita nak fokus untuk buat profit
- Stage 4 elakkan at all cost untuk trade. Tak berbaloi.
Ilmu stage analysis ni luas lagi, ni hanya seciput daripada content buku Stan Weinsteins. Saya memang sangat-sangat recommend korang beli buku ni. Salah satu buku rujukan wajib saya dalam belajar saham!
Harap post ni dapat membantu korang mengenal pasti stage sesuatu saham. Dah faham boleh cuba-cuba backtest chart.
Kalau ada salah dan silap fakta boleh komen dan betulkan. Kalau korang rasa post ni bermanfaat, boleh share untuk kawan-kawan.
Thanks!