Pengenalan
Sama ada anda trader baru atau anda trader berpengalaman yang ingin meningkatkan profit, sangat penting untuk memiliki well defined trading edge. Trading edge akan membantu kita mengenal pasti peluang, mengurus risiko, dan melaksanakan trade dengan lebih tepat dan penuh confident.
Terdapat banyak strategi dan teknik yang boleh digunakan untuk define personal trading edge, dari analisis fundamental ke analisis teknikal, dari pengurusan risiko ke kawalan emosi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk take note that trading edge haruslah berdasar pada kekuatan, kelemahan, dan matlamat trading kita sendiri.
Dalam post ni saya akan berkongsi tentang:
- Cara2 untuk define trading edge,
- Contoh2 trading edge dari successful/legendary traders,
Cara2 untuk define trading edge?
Memiliki pemahaman yang tepat mengenai trading edge adalah sangat penting bagi kejayaan dalam bersaham.
Trading edge merujuk kepada strategi, teknik, atau pendekatan yang memberikan kelebihan kompetitif kepada seseorang trader. Dalam menentukan trading edge, kita perlu pertimbangkan kelebihan, kelemahan, dan matlamat peribadi kita dalam bersaham. Ada orang suka short term atau intraday session, ada pula yang suka swing untuk satu tempoh yang lama. Nak santai2. Jadi trading edge seseorang unik untuk setiap seseorang individu yang lain.
Cara terbaik bila kita dah jumpa trading edge adalah dengan backtest dengan historical event ape yang pernah terjadi pada chart. History always repeat itself!
Hasil dari backtesting ini akan memberikan kita gambaran awal tentang bagaimana trading edge atau strategi kita ini akan perform dalam chart yang sangat2 berbeza perangainya sehingga sampai satu tahap dapat membantu kita memahami potensi membuat keuntungan dan mengawal risiko unik yang terkait dengan strategi tersebut sebelum memperaktikkannya dalam real trading.
Jika kita biasa mendengar terma backtesting, ada satu lagi terma unik yang saya pernah terbaca iaitu teknik forward testing. Dimana instead of focusing on past event, forward testing adalah di mana kita test trading edge kita dalam market yang sebenar dengan risiko yang terkawal ketat seperti modal yang kecik atau meletakkan modal yang sanggup hangus. Ada traders yang berpendapat teknik forward testing ini lebih efisien dari back testing kerana ia turut melibatkan emosi kita.
Apa pun cara kita untuk test trading edge ni, apa yang paling penting adalah sentiasa journal kan apa sahaja market reaction atau ape yang terjadi selepas itu. Dengan journal ni, kita sentiasa dapat menambah baik trading edge kita untuk future trade. By end of the day, seberapa unik pun trading edge kita matlamat kita semua adalah sama. Untuk mendapat profit!
Keliru ke boleh faham setakat ni? Tajuk ni berat sikit tapi jangan risau nanti kita akan tengok contoh2 trading edge legendary traders jugak.
Contoh2 trading edge legendary traders
Dalam part ni saya akan bagi penerangan ringkas tentang beberapa kemahiran dan strategi yang digunakan oleh traders terkenal dan legendary yang juga idola trading saya seperti Mark Minervini, Jesse Livermore, William O’Neil, dan Dan Zanger.
Traders2 dengan trading edge mereka:
- William Oneil dan CANSLIM Method
- Dan Zanger dan Pattern recognization technique
- Jesse Livermore dan Market timing
- Mark Minervini dan Mental Toughness
William O’neil dan CANSLIM Method
CANSLIM method, yang dibangunkan oleh William O’Neil, adalah strategi pemilihan yang terancang untuk mengenal pasti saham yang mempunyai potensi tinggi yang boleh memberikan profit besar. Akronim CANSLIM merujuk kepada tujuh kriteria utama yang digunakan dalam metodologi ini:
C – Current Quarterly Earnings
Keuntungan suku tahun semasa: Cari syarikat yang mempunyai sejarah pertumbuhan keuntungan yang konsisten dan above average of its industry.
A – Annual Earning Growth
Pertumbuhan keuntungan tahunan: Cari syarikat yang mempunyai sejarah pertumbuhan keuntungan yang kuat selama lima tahun terakhir.
N – New Products, Services or Management
Produk, perkhidmatan atau pengurusan yang baru: Cari syarikat yang mempunyai kelebihan kompetitif, seperti produk atau perkhidmatan baru, atau management team yang terbukti bagus.
S – Supply and demand
Bekalan dan permintaan: Evaluate permintaan pasaran terhadap satu2 saham, berdasarkan faktor seperti volume dan harga didagangkan.
L – Leaders or Laggard
Pemimpin vs. Yang dipimpin: Carilah saham yang leading dalam satu2 industri, bukan yang laggard. Sama ada dari segi fundamental atau price action nya.
I – Institutional Sponsorship
Sokongan institusi: Cari syarikat yang mempunyai pelabur institusi, seperti dana2 besar contohnya EPF, dan pelabur2 asing yang telah menunjukkan minat pada saham.
M – Market Direction
Arah pasaran: Fokuskan pada saham dalam pasaran yang sedang mengalami trend naik, kerana ini memberikan daya tujah yang menyokong saham individu untuk lebih menaik.
CANSLIM method menekankan pentingnya menggabungkan fundamental dan teknikal analisis dalam pemilihan saham. Dengan menggunakan pendekatan sistematik dalam pemilihan saham, kita boleh membuat keputusan pelaburan yang berpotensi meningkatkan keuntungan.
CANSLIM method adalah satu contoh kompleks dan proven winning trading edge. Untuk paham dengan lebih detail konsep CANSLIM ni, boleh baca buku “How to make money in stocks” by William O’neil. Salah satu buku yang fundamentally penting untuk kita yang baru berjinak saham ni.
Dan Zanger dan Pattern Recognition Technique
Bila sebut je nama Dan Zanger, mesti terus kita terbayang kehebatan chart pattern recognition nya. Teknik ni adalah trading edge beliau dan pure on teknikal analisis.
Chart pattern ni pun salah satu favourite cara trade saya juga. Dan Zanger ni legendary traders yang menggunakan chart pattern analysis, yang mana beliau berjaya generate 18 juta dalam masa 18 bulan dengan bermodalkan hanya 10 ribu usd pada masa tu. Legend gila!
Teknik ini melibatkan identifikasi repeated pattern formation dalam chart dan menggunakan info itu untuk meramalkan pergerakan future trend dalam chart. Ideanya ialah bahawa pattern ini, yang telah terjadi pada masa dulu, mungkin akan berulang pada masa depan. History repeats itself.
Terdapat banyak jenis chart pattern, reversal dan continuation pattern. Saya rasa chart pattern ini terlalu panjang content nya and deserve a special content on its own in the future. InsyaAllah. Contoh chart pattern yang popular ada dalam gambar bawah ni.
Salah satu chart pattern yang paling banyak dikenali adalah pattern head and shoulders. Pattern ini terdiri daripada tiga puncak, dengan puncak tengah (“kepala”) menjadi yang tertinggi, dan dua puncak lain (“bahu”) yang lebih rendah. Pattern ini dianggap bearish, kerana ia memberikan isyarat untuk reversal trend menaik dan mungkin harga akan jatuh selepas itu.
Pattern segitiga (triangle) adalah chart pattern lain yang dicari oleh traders. Pattern ini biasanya dibentuk oleh price action yang semakin mengecil dan mengecil sehingga membentuk formasi segitiga. Segitiga boleh menjadi bullish atau bearish, bergantung kepada arah garisan trend dan arah potensi breakout berlaku.
Tapi penting untuk diingat, chart pattern ni tak semestinya behave seperti yang kita expect dan market always behave in its unique and unexpected ways. Market ni bukan kita punya kan? Jadi by end of the day, still kena react at market reaction!
Kesimpulannya, chart pattern analysis ni salah satu trading edge yang boleh tolong traders mengenal pasti trend dan buat keputusan untuk entry for profit. Tapi pada masa sama, kalau kita nak pakai teknik ni, kita perlu lah backtest and forward test sebanyak mungkin untuk sesuai dengan cara kita trade.
Dengan pemahaman dan pengalaman on market behaviour, kita juga boleh pakai chart pattern teknik ini untuk menambahkan peluang profit dalam market.
Jesse Livermore dan Market Timing
Timing is everything in stock trading, dan mempunyai keupayaan untuk predict market direction dengan tepat adalah kelebihan besar dalam bersaham. Jesse Livermore adalah salah satu traders yang paling berjaya sepanjang masa, dikenali dengan kehebatan market timing skill nya.
Jesse Livermore adalah seorang trader saham Amerika yang hidup pada tahun 1877 hingga 1940. Beliau memulakan kerjaya sebagai “boy plunger” on the trading floor, menggunakan pengetahuan dan pengalaman dalam market untuk melakukan trades.
Lama kelamaan, beliau berjaya developed a set of market timing techniques yang membantu dia menjadi seorang trader yang berjaya. Beliau percaya yang stock market driven by emosi manusia dan price movements adalah hasil dari proses jual beli traders dalam market.
Salah satu teknik market timing teknik Livermore adalah dengan menggunakan teknikal analisis. Beliau percaya bahawa chart pattern dan technical indicators memberikan maklumat yang bernilai mengenai market sentiments dan future price movements.
Pendekatan Livermore terhadap market timing adalah dimana beliau fokus terhadap kesabaran dan disiplin. Beliau percaya bahawa penting untuk menunggu peluang yang tepat, bukan membuat trades hanya berdasarkan emosi. Dia juga menekankan pentingnya risk management, dan beliau sangat berhati-hati untuk tidak pernah risk lebih daripada yang dia sanggup lebur.
Kesimpulannya, kemahiran market timing Jesse Livermore membuatnya menjadi salah satu trader paling berjaya sepanjang masa. Dia menggunakan gabungan analisis teknikal, kesabaran, dan disiplin untuk mencapai kejayaannya. Legacy nya terus mempengaruhi dunia saham hingga ke masa kini.
Mark Minervini dan Mental Toughness
Mark Minervini, penulis buku “Trade Like A stock Market Wizard” adalah seorang trader yang sangat menekankan aspek pendekatan kematangan mental dalam bersaham. Beliau menekankan yang sikap seseorang traders dan kawalan emosi adalah faktor penentu samaada seseorang trader itu berjaya atau gagal dalam bersaham.
Menurut beliau, seseorang trader harus ada kematangan pengawalan mental dan emosi untuk tetap komited dalam satu2 teknik walaupun ketika market volatile mahupun berdarahhh!
Salah satu aspek penting dalam kematangan pengawalan mental adalah keupayaan untuk mengawal risiko dalam bersaham. Maksudnya kita perlu menilai risiko untuk sesuatu trades yang nak dibuat dengan relevan sebelum mengambil keputusan untuk membuat entry sesuatu setup.
Traders yang mempunyai kematangan pengawalan mental biasanya tidak akan beremosi mengikut pergerakan harga masa pendek atau tidak FOMO dengan sesuatu pergerakan harga yang tiada setup trading edge nya. Mereka memilih untuk kekal disiplin untuk mengikut teknik mereka dan tidak membuat keputusan yang tidak rasional dengan mengikut emosi semata2.
Aspek lain dalam mental toughness in trading adalah keupayaan untuk mengawal losses dan setback yang berlaku dalam proses pembelajaran bersaham. Takde seorang pun traders di dunia ini yang akan win all his entries dan betapa pentingnya untuk memiliki kematangan pengawalan mental untuk menerima losses ini dan move forward. Traders yang ada kematangan pengawalan mental berupaya melihat losses sebagai satu peluang pembelajaran dan menggunakan ini untuk menambah baik strategi mereka dalam bersaham.
Dalam buku lain Mark Minervini, “Mindset Secrets for Winning: How to Bring Personal Power to Everything You Do”, beliau menekankan yang mindset adalah segala-galanya untuk seseorang itu berjaya bukan sahaja dalam bersaham malah apa sahaja benda di dalam dunia ini.
Kesimpulannya, mental toughness ni adalah salah satu aspek penting untuk mencapai kejayaan dalam bersaham. Traders yang mempunyai kematangan pengawalan mental dan emosi mampu untuk kekal fokus dan disiplin, mengawal risiko dan menerima losses dan setback sebagai titik pembelajaran dalam bersaham.
In a Nutshell
Harap sampai sini korang dah dapat belajar serba sedikit berkenaan trading edge dari legendary traders. To recap:
- Trading edge adalah salah satu aspek penting dalam bersaham dan unik dari seorang traders ke traders yang lain.
- Legendary traders pun ada define trading edge masing-masing.
- CANSLIM method tu adalah contoh trading edge yang kompleks dan menyeluruh.
- Chart Pattern analysis adalah cara Dan Zanger buat profit dari 10k hingga 18juta dalam 18 bulan sahaja.
- Buat banyak homework bila kita dah define trading edge kita, samaada backtesting atau forward testing.
- Improve kita punya trading edge once dah banyak pengalaman dalam market.
Harap post ni dapat membantu korang mengenal pasti trading edge korang. Dah define trading edge jangan lupa pula cuba-cuba backtest pada chart.
Kalau ada salah dan silap fakta boleh komen dan betulkan. Kalau korang rasa post ni bermanfaat, boleh share untuk kawan-kawan.
Thanks!